Rabu, 28 Ogos 2019

ROSE OF ORIENT (SAMBUNGAN DARI SUMPAHAN LING CHI & OPHELIA) - AKAN DATANG BULAN 9 2019


~ NOVEL AKAN DATANG ~

JUDUL: ROSE OF ORIENT
ISBN: 978-967-498-034-4
HALAMAN: 416
HARGA: RM26
KELUARAN: SEPTEMBER 2019
PENULIS: S. KAUSARI


SINOPSIS :

Rahsia kegelapan akhirnya terbongkar!

Banglo House of Ophelia telah diberi nama baru sebagai Rose of Orient setelah dibeli oleh seorang wanita elit bernama Doris Ong. Kejadian aneh dan orang hilang bermula semula. Inspektor Sabirin yang baru pulang dari selatan Thailand telah berhadapan dengan kes orang hilang ini.

Elyas Khusairi yang berada di China untuk penggambaran filem Sumpahan Ling Chi cuba menyiasat rahsia di sebalik sumpahan ke atas pisau hukuman ling chi itu. Inspektor Sabirin terpaksa meminta khidmat kumpulan Xtreme Parahunters (XTPH) untuk mencari laluan alternatif ke dalam terowong di bawah banglo itu bagi membuktikan kejadian hukuman ling chi telah bermula semula.

“Tak ada yang dapat menamatkan sumpahan ni selagi darah kau dan aku tak bersatu.” - * Xiao Li*

“Itulah kehidupan. Pertarungan antara mengikuti jalan TUHAN atau jalan syaitan.” - Sabirin

“Kau dah dipermainkan oleh puaka tu. Kalau kau tersilap langkah, kau jugak akan terjebak dalam perangkap dia.” - Jade


INFO TAMBAHAN :

Mengisahkan pemilik baru banglo House of Ophelia setelah bangunan itu terbakar dalam Sumpahan Ling Chi dan terowong di bawahnya menjadi sarang pemuja syaitan dalam Ophelia. 


Menggabungkan watak-watak yang masih hidup dalam Sumpahan Ling Chi dan Ophelia. Inspektor Sabirin dari kisah Sumpahan Ling Chi kembali menyiasat kes kehilangan orang di Banglo Rose of Orient dan dibantu oleh ahli kumpulan Xtreme Parahunters dari kisah Ophelia.



BERMINAT?

Like page fb : SMZ PURPLE BOOKS STORE 

Whatsapp smzpurple : wasap.my/601121226461/

ADD FB : nia nia
Whatsapp nia nia : wasap.my/60102276476/

Whatsapp Mohamad Feroz Zaini : http://wasap.my/60192254910/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan