Jumaat, 8 Disember 2017

PRE ORDER NOVEL BULAN 12 2017

PRE ORDER NOVEL BULAN 12 2017 MASIH LAGI BERLANGSUNG SEHINGGA 22/12/2017 SAHAJA.. HARGA PRE ORDER NOVEL INI TERMASUK POSTAGE

Anda boleh berhubung dengan admin kami di facebook www.facebook.com/smzpurple atau dengan nia nia  www.facebook.com/endzs.salleh UNTUK KETERANGAN LANJUT


1) LEGASI TOMBIRUO = RM37 (SM) / RM43 (SS) 

2) PS TEROWONG = rm31 (sm) / rm37 (ss) 

3) PENANGGAL = rm35 (sm) / rm41 (ss) 

4) KOMBO TOMBIRUO 4 BUAH (TOMBIRUO 'PENUNGGU RIMBA'+ SEMANGAT HUTAN + TOMBIRUO TERAKHIR + LEGASI TOMBIRUO) = rm105 (sm) / rm120 (ss) 

5) KOMBO 3 BUAH NOVEL #eqbalmohaydeen (JASAD + NYAWA + PENANGGAL) = rm85 (sm) / rm102 (ss) 

6) KOMBO PS TEROWONG + LEGASI TOMBIRUO = rm65(sm) / rm105 (ss) 

7) KOMBO PS TEROWONG + PENANGGAL = rm60 (sm) / rm70 (ss) 

8) LEGASI TOMBIRUO + PENANGGAL = rm66 (sm) / rm76 (ss) 

9) LEGASI TOMBIRUO + PROJEK SERAM TEROWONG + PENANGGAL = rm91 (sm) / rm110 (ss) 

10) PENANGGAL + JASAD = rm58 (sm) / rm68 (ss) 



LEGASI TOMBIRUO + PROJEK SERAM TEROWONG + PENANGGAL

rm91 (sm) / rm110 (ss)



LEGASI TOMBIRUO = RM37 (SM) / RM43 (SS)

TERMASUK POSTAGE



PROJEK SERAM TEROWONG = rm31 (sm) / rm37 (ss) 



PENANGGAL = rm35 (sm) / rm41 (ss)


Sinopsis kombo 3 buah novel

SINOPSIS LEGASI TOMBIRUO:


EJIM atau nama barunya Amaruddin telah lama meninggalkan dunia TOMBIRUO setelah mendirikan rumah tangga bertahun-tahun lamanya. Kini dia hidup bahagia bersama isteri tersayang Siti Nurhaliz dan anak tunggalnya Suriani. Bagaimana pun kebahagiaan yang dikecapi tercalar tatkala Semangat Hutan muncul semula dalam jelmaan bapanya, Pondulou. Bahkan menerusi mata fikirannya, Amaruddin sering melihat pembunuhan kejam. Amaruddin pun memutuskan untuk memburu pembunuh itu yang bermaharajalela di ibu kota Kuala Lumpur. Diana seorang peguam biasa dan Sarah seorang wartawan jenayah Sinar Harian telah bertemu dengan Amaruddin menerusi satu kejadian tragis. Mereka bersepakat bergabung tenaga untuk membanteras penjenayah yang tampil dengan imej TOMBIRUO namun diubahsuai mengikut cara moden. TOMBIRUO hutan batu ini rupa-rupanya bukan calang-calang pembunuh. Manusian bertopengkan wajah dewa itu sangat handal sehingga berupaya mengalahkan ketiga-tiga mereka ini. Siapa sebenarnya TOMBIRUO baru inn? Kenapa dia tega melakukan pembunuhan? Apa hubungannya dengan Amaruddin selaku mantan TOMBIRUO Hutan Keningau? Siapa sebenarnya pewaris legasi TOMBIRUO selanjutnya? Semua persoalan ini akan terjawab dalam karya mutakhir RAMLEE AWANG MURSHID dengan adegan-adegan saspens yang diadun kemas dengan nilai-nilai kekeluargaan, agama dan cinta.


SINOPSIS PS TEROWONG:



LRT – A. DARWISY

~luar nampak manusia, tidak semestinya dia manusia~
Azlan, dalam perjalanan balik menggunakan LRT terkandas di terowong bawah tanah bersama sekumpulan penumpang yang lain. Mereka berusaha untuk keluar dan menyelamatkan diri di stesen paling berhampiran. Tetapi mereka tidak sedar di sepanjang terowong itu adalah tempat laluan lintasan makhluk halus yang turut berasimilasi dengan peredaran zaman. Berjayakah Azlan dan lain-lain mengharungi malam yang penuh kegilaan itu? Apakah mungkin pembinaan stesen sekitar tahun 90-an itu menyimpan sejarahnya tersendiri?

TUMBAL TEROWONGAN TERAWANGAN – SYASYA BELLYNA

~kau ghaib pendamping berganti~
Selari dengan waktu peristiwa kontrak selang 20 tahun sekali, ia telah membuka episod baru tentang Terawangan iaitu sebuah terowong yang tersembunyi di celah Gunung Kelibut. Terowong alam ghaib yang terbuka itu menghantui enam manusia yang telah ditanda pemilikan oleh qarin masing-masing. Campur tangan para pelajar sekolah agama dari Kalimantan yang dihantar oleh seseorang, membuka tabir rahsia perjanjian dua demensi. Mampukah perhubungan antara penguasa, si raja hitam dengan pewaris pesugihan dihentikan?

GHAIB – ZAIFUZAMAN AHMAD

~kebenaran yang kau cari ada di sini~
Detektif Riza diminta untuk menyiasat tentang kehilangan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah lama dan elit. Bagaimanapun dia enggan untuk mempercayai yang sekolah itu berpuaka biarpun cerita itu tersebar luas. Melalui siasatannya dia berasa keliru kerana dihimpit dengan kehilangan misteri yang tidak meninggalkan jejak. Bertambah lagi apabila Jessica, teman rapat Mimie turut hilang. Bagaimanakah Detektif Riza berjaya menyelongkar rahsia di sebalik kejadian ini? 


SINOPSIS PENANGGAL


“Bila kepala telah putus maka terputuslah perjanjian itu.”
Tahun 1920 menjadi detik segalanya bermula. Satu jiwa mengabdikan diri kepada seekor makhluk kufur sehingga segala-galanya bertukar petaka. Kampung Chahaya yang aman damai menjadi huru hara. Satu persatu wanita hamil di kampung itu mati dalam keadaan mengerikan. Malam menjadi satu ancaman dan igauan maut. Syaitan berkeliaran mencari mangsa dalam kalangan wanita hamil! Tahun 2017, keluarga Ilyas dihambat kejadian demi kejadian menakutkan lagi menggerunkan sehingga hampir-hampir meragut nyawa. Dalam masa yang sama, negara digemparkan dengan kematian demi kematian wanita hamil. Setiap mangsa ditemui dengan darah disedut sehingga kering dan uri dimakan. Inspektor Shahid yang mengetuai siasatan menemui jalan buntu dalam menyelesaikan kes. Elemen paranormal dan misteri melatari setiap kes yang berlaku. Setiap mangsa dikatakan dibunuh oleh penanggal! Tanpa sedar, kejadian yang menggemparkan negara itu berkaitan dengan gangguan yang menimpa keluarga Ilyas. Pertemuan Inspektor Shahid dengan Ilyas perlahan-lahan membuka satu persatu rahsia dan misteri yang mengejutkan sehingga pada akhirnya mereka terikat dalam satu perkaitan yang mengelirukan. Kegerunan semakin menyelubungi. Jumlah kematian semakin bertambah. Siapa dalang yang sebenar?



Sabtu, 2 Disember 2017

MR HOT GUY ADAPTASI KE DRAMA TV3


Assalam & selamat malam semua..

Ada sesiapa nak order novel MR HOT GUY yang di adaptasi ke drama tv3? Yang bertajuk LELAKI ITU PEMILIK HATIKU??

.

Jika ada pm kami ye? Kami hanya ambil stok novel dalam 10 BUAH SAHAJA

. . 

HANYA 10 BUAH SAHAJA


..


HANYA 10 BUAH SAHAJA

. .


Hargany rm36 (sm) / rm42 (ss) termasuk postage


CEPAT2 EDISI TERHAD UNTUK MEMBUAT PESANAN TANPA BOOKING & TERUS BAYAR SAHAJA..
PENGHANTARAN NOVEL INI AKAN DI BUAT DALAM 1 MINGGU DARIPADA SEKARANG..
1ST COME, 1ST SERVE

#1STCOME1STSERVE
#NOBOOKING
#FASTPAYMENT
#MRHOTGUY
#ADAPTASIKEDRAMATV3

#smzpurplebookstoreklang
#smzpurplebookstore
#klang