Ahad, 11 Ogos 2019

PROJEK SERAM GUA (BUKU PRIMA)


JUDUL: GUA (PROJEK SERAM)
ISBN: 978-967-498-041-2
HALAMAN: 400
HARGA: RM24.00
PENULIS: SUZANI NADZIR, EBRIZA AMINNUDIN, EQBAL MOHAYDEEN


SINOPSIS :

Kupersembah korban yang kuseru...

Suria sering diganggu kelibat seorang wanita dan kanak-kanak lelaki. Gangguan semakin hebat apabila seekor ular hitam muncul dan mengganggu dirinya. Tidak semena-mena Suria dijangkiti penyakit kulit hingga membawa dia ke Kampung Gua Rastali. Di situ, dia diganggu Jamri. Lelaki tua yang dianggap gila. Keadaan semakin kalut apabila teman lelaki Suria bermimpi tentang sebuah gua.

Kupersembah korban yang kuseru... / KORBAN HITAM - SUZANI NADZIR


Jeritan suara nyaring sering mengganggu lena Randy. Jingkai terus bercerita tentang mitos gua suara maut di Guilin, China selepas Randy menceritakan mimpinya. Cerita itu menarik perhatian rakan-rakan yang lain sehingga membawa mereka terbang ke Negara China semata-mata untuk mencari gua suara maut itu. Seorang demi seorang rakan-rakan Randy hilang setelah terdengar suara nyaring berkumandang di dalam gua itu.

Ia mengalir di dalam urat nadi... / SUARA - EBRIZA AMINNUDIN


Karim telah ditangkap oleh tentera Jepun bagi dijadikan buruh paksa. Namun, dia berjaya melarikan diri dengan masuk ke dalam sebuah gua yang dikaitkan dengan kemunculan seekor makhluk yang menakutkan. Sebaik sahaja dia keluar dari gua itu, Jepun telah menyerah kalah. Tetapi makhluk itu masih mengganas. Ramai penduduk kampung ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Dalam masa yang sama, Karim dihantui dengan penampakan aneh lagi menggerunkan. Petaka yang melanda seolah-olah tidak berkesudahan.

Apabila dua alam telah bertemu, nyawa menjadi taruhannya! / JIN - EQBAL MOHAYDEEN



INFO TAMBAHAN :

Projek Seram Gua menggabungkan tiga novelis hebat di dalam satu naskhah. Menampilkan penulis prolifik wanita, iaitu Ebriza Aminnudin, Suzani Nadzir yang terkenal dengan garapan cerita yang terkesan kisah seramnya di hati pembaca dan juga Eqbal Mohaydeen, novelis yang sinonim yang unsur saspens dan ngeri dalam karyanya.

Di dalam cerita Korban Hitam, secara dasarnya diambil daripada siri ajaran sesat yang pernah berlaku di Malaysia. Bertitik tolak daripada itu, Suzani Nadzir menggarapnya berdasarkan acuan tulisan penulis sendiri. Kali ini, penulis menyentuh mesej mengenai akidah. Sehebat mana pun manusia, berbaliklah kepada ALLAH yang mencipta semua makhluk di atas muka bumi.

Buat pertama kalinya, Ebriza Aminnudin menampilkan watak-watak bukan Muslim menerajui kisah Suara. Diinspirasikan daripada satu kisah tentang budaya orang Cina pada zaman dahulu dalam mencari pasangan hidup.

Kisah Jin pula tercetus setelah penulis kerap kali terbaca berita mengenai kehilangan orang di lokasi seperti hutan, air terjun, bukit atau gunung dan juga gua. Ada di antara mereka yang ditemui dan ada juga di antara mereka yang tiada khabar berita. Rahsia alam ini terlalu luas untuk diterokai. Setiap satunya wujud ‘batas dan peraturan’ tersendiri untuk dihormati. Jin masih mengekalkan elemen horror thriller seperti karya-karya penulis sebelumnya. Cumanya kali ini penulis lebih memberikan penekanan tentang cinta dan kesetiaan yang dilihat daripada pelbagai sudut. Tetapi pada akhirnya takdir ALLAH jua yang menentukan segala-galanya.




BERMINAT?

Like page fb : SMZ PURPLE BOOKS STORE 

Whatsapp smzpurple : wasap.my/601121226461/

ADD FB : nia nia
Whatsapp nia nia : wasap.my/60102276476/

Whatsapp Mohamad Feroz Zaini : http://wasap.my/60192254910/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan