😍 NOVEL AKAN DATANG 😍
JUDUL: TERUNGKAP KATA HATI
ISBN: 978-967-86-0932-6
HALAMAN: 432 muka surat
HARGA: RM26 (sm) / rm28 (ss)
KELUARAN: SEPTEMBER 2019
PENULIS: HAIZA HAIFA
SINOPSIS :
NUR FILIA HAIFA. hidupnya dikelilingi kesunyian dan terlalu rutin. Dia juga tiada teman rapat apatah lagi istimewa. Semuanya kerana dirinya pernah dikhianati sahabat baik. Lantaran itu, dia mengasingkan diri daripada bergaul dengan teman sebaya. Istilah persahabatan langsung tiada dalam kamus hidupnya.
IMZI FARHAN. Lelaki nerd, skema dan pelik. Entah dari mana hadirnya, tiba-tiba dia mahu menjalinkan persahabatan. Filia menolak dengan keras, pada mulanya. Tetapi, keikhlasan yang dipamerkan melembutkan hati batu Filia.
Namun, ada syarat dikenakan. Seandainya, pendirian Filia terhadap nilai persahabatan masih tidak berubah, persahabatan ini akan terputus dengan serta-merta. Mampukah Farhan mengubah persepsi Filia? Sedangkan dalam diri Farhan sendiri penuh misteri. Amat bertepatan dengan gelaran yang diberi Filia, Farhan si Mahkluk Asing!
“Jujur aku katakan kau istimewa dan tersangatlah bohong kalau aku tidak terasa kehilangan teman baik aku.” - Farhan
Walaupun secara luarannya dia kelihatan seperti lelaki yang biasa tetapi personaliti dan identitinya tidak semudah yang disangkakan. Adakah Filia dapat menerima kenyataan mengenai siapa Farhan yang sebenarnya? Adakah persahabatan mereka berdua akan tetap utuh atau terputus begitu saja?
“Pada aku, hubungan persahabatan aku dan dia tidak akan berubah. Kami dah berjanji ikat kontrak mati teman sejati selamanya.” - Filia
INFO TAMBAHAN :
Karya asal yang bertajuk 'Suami Aku Putera Raja' ini telah dimuat naik di Portal Ilham sejak tahun 2015.
Karya ini mencatat bacaan tinggi iaitu 93,145 ribu bacaan dan juga kelainan jalan cerita yang ditampilkan dalam penulisan beliau membuatkan karya beliau berjaya diterbitkan.
Bukan kisah cinta yang tipikal. Tiada langsung orang ketiga. Tiada watak hitam (jahat) yang ada hanyalah watak putih (baik). Tiada juga watak ibu bapa yang menghalang atau tak merestui. Jalan cerita yang agak lain daripada kebiasaan.
BERMINAT?
Like page fb : SMZ PURPLE BOOKS STORE
ADD FB : smzpurple bookstores
Whatsapp smzpurple : wasap.my/601121226461/
ADD FB : nia nia
Whatsapp nia nia : wasap.my/60102276476/
ADD FB : Mohamad Feroz Zaini
Whatsapp Mohamad Feroz Zaini : http://wasap.my/60192254910/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan